MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

PENGIMBUHAN

 

Pengimbuhan adalah satu proses pembentukan kata yang ada dalam bahasa Melayu dan kebanyakan bentuk kata yang ada dalam bahasa Melayu dibentuk dengan proses pengimbuhan. Menurut Abdullah Hassan (2004), pengimbuhan merupakan langkah yang menggandingkan imbuhan  iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Oleh itu, Raminah Sabran (1985) meringkaskan bahawa pengimbuhan merupakan satu kaedah dalam mewujudkan satu konsep yang baharu dalam mewujudkan kata terbitan.

Pembentukan kata baharu terhasil daripada pinjaman unsur-unsur imbuhan dalam bahasa asing dan secara tidak langsung unsur tersebut telah diserap dalam penggunaan Bahasa Melayu. selain itu, dari sudut perspektif lain menyatakan bahawa kesan daripada penyerapan unsur imbuhan tersebut telah banyak menimbulkan kesalahan dalam sistem bahasa antaranya dari segi kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan kata. Corder (2016) menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud apabila masyarakat  mempelajari dan menguasai bentuk dan sistem dalam pelbagai bahasa sebagai bahasa kedua. Pengaruh bahasa asing menjadi satu daripada faktor berlakunya kesalahan bahasa Richards (1992).

Tuntasnya, jelaslah bahawa penggunaan imbuhan bahasa asing dalam kehidupan seharian dapat memberikan impak yang positif beserta negatif kepada khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment