MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

BAHASA ARAB-PARSI

  ✳°  𝐵𝒜𝐻𝒜𝒮𝒜 𝒜𝑅𝒜𝐵-𝒫𝒜𝑅𝒮𝐼  °✳

                    

    Umum mengetahui bahawa Bahasa Arab merupakan satu daripada tiga bahasa dunia yang terpenting dan paling luas penggunaannya sehingga ke hari ini justeru Bahasa Arab berperanan sebagai identiti kebudayaan tberteraskan kepada ketamadunan islam. Dalam konteks yang sama, bahasa ini merupakan nadi dan punca pengajaran Islam kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Islam dan tersebarnya serentak dengan penyebaran agama ke negara umat Islam menjadikannya bahasa yang terpenting dan sekaligus menjadi media ilmiah, peradaban dan komunikasi yang utama di kalangan negara-negara berkenaan. 


ÇÖñ†ÖH ÌMßÚHÄñ ßÄHÄ§Ä ÄRÄß-þÄR§Ì

Proses perubahan bentuk kata dalam penerimaan perbendaharaan kata asing dapat melibatkan perubahan bunyi, ejaan, dan aspek lainnya menurut Mohd Alwee Yusoff (2009) dan bagi bahasa arab terdapat dua kategori imbuhan iaitu awalan dan akhiran. Kesannya, sesetengah kosa kata arab telah diserap dalam penggunaan Bahasa Melayu khususnya dari aspek perubahan bentuk kata dan imbuhan. 



    Abdul Rahman (1996) menyatakan penggunaan kata pinjaman bahasa Arab walaupun telah diterima umum dan digunakan secara meluas turut memberi kesan terhadap perubahan struktur bahasa asal khususnya dari segi bentuk yang meliputi ejaan, bunyi dan makna sehingga menimbulkan kekeliruan antara masyarakat. Tambahan lain, terdapat kata Arab mempunyai pemahaman makna yang khusus yang kadangkala berbeza dengan maknanya disalahertikan apabila dilihat dari luar konteks dan menimbulkan kekeliruan Kamsiah (2017).


No comments:

Post a Comment