MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA CETAK

   MΣDIΛ ᄃΣƬΛK DΛП MΣDIΛ ΣᄂΣKƬЯӨПIK

Media adalah segala bentuk dan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan informasi atau maklumat justeru menurut Arief S.Sadiman (2012) media merupakan alat yang berperanan sebagai perantara atau pengantar yang dapat mempermudahkan masyarakat dalam mendapatkan atau menyampaikan sesuatu pesanan. Oleh itu, jenis media boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu media cetak dan media elektronik. 

Secara amnya, media cetak merupakan media tertua yang bersifat konkrit bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui pelbagai gambaran visual yang dihasilkan daripada proses percetakan. Media cetak adalah suatu dokumen yang menerangkan sesuatu perkara melalui rakaman peristiwa yang diubah dalam bentuk kata-kata, gambar dan sebagainya tamsilnya surat kabar, majalah dan lain-lain. Walaupun perkembangan teknologi maklumat kian berkembang namun sistem komunikasi cetak masih lagi digunakan sehingga kini dan bidang yang terlibat ialah jurnalisme dan periklanan. Manakala media elektronik atau lebih dikenali sebagai media sosial merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi dalam menyampaikan maklumat justeru Chandra (2004) menyatakan media ini membolehkan pengguna membuat komuniti dalam talian untuk berkongsi maklumat, idea-idea, mesej peribadi dan kandungan lain. Media sosial menyediakan satu cara bagi orang ramai untuk berhubung dengan orang lain dengan menggunakan Internet dan pelbagai perkhidmatan disamping maklumat tersebut boleh dituka, dikumpulkandan disebarkan dengan segera dan mudah.  

Kesimpulannya, hubungan antara media dan masyarakat ibarat suatu putaran keperluan dan kehendak dalam memujuk, mempengaruhi, mendidik, memberi maklumat serta memprovokasi minda khalayak ramai.


No comments:

Post a Comment