MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

BAHASA SANSKRIT

 𝔟ά𝐇α𝓈𝐀 şα𝓷รᛕ𝓇ιt 

 

    Secara ilmiahnya, menurut Zaharani  (2011) Bahasa Sanskrit telah mempengaruhi bahasa Melayu sejak abad ke-7 Masihi iaitu ketika Tanah Melayu di bawah pemerintahan kerajaan Sriwijaya. Kata Sanskrit membawa maksud diperhalusi, disempurnakan atau dihuraikan menurut Katzner (2002) dan telah menjadi satu bahasa yang berada dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Bahasa Sanskrit telah dituturkan dengan meluas oleh masyarakat di kawasan utara India justeru Menurut Ismail Hussein (1966) bahasa Melayu mengalami evolusinya setelah menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit. Kesannya, pengaruh daripada bahasa Sanskrit dapat dibuktikan melalui ratusan perkataan Sanskrit yang wujud dalam bahasa Melayu. 


ÇÖñ†ÖH ÌMßÚHÄñ ßÄHÄ§Ä §Äñ§KR̆

Bahasa sanskrit yang disebarkan oleh pendeta agama Hindu dan Buddha ini mempunyai imbuhan tertentu yang boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu awalan dan akhiran menurut Nik Safiah Karim (2015). 




Tatabahasa Dewan menjelaskan imbuhan sanskrit ini telah lama diserap ke dalam sistem bahasa Melayu. Grafik menunjukkan antara imbuhan awalan dan akhiran yang digunakan secara produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan Bahasa Melayu termasuklah imbuhan Maha-, Pra-, Tata-, -Wan, -Wati dan sebagainya. Namun terdapat juga bentuk imbuhan yang tidak digunakan secara produktif iaitu imbuhan akhiran seperti -nita dan imbuhan awalan seperti eka-, tri dan lain-lain. Seperti penggunaan bahasa asing yang lain, kecenderungan masyarakat dalam melakukan kesalahan semasa menggunakan kosa kata sanskrit begitu ketara jika diperhatikan secara teliti. 

No comments:

Post a Comment