MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

KATA SERAPAN

    KATA SERAPAN


    Kata serapan atau istilah penyerapan didefinisikan sebagai kata yang berasal daripada bahasa luar yang telah diintegrasikan ke dalam sesuatu bentuk bahasa serta penggunaanya dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat justeru tujuan penyerapan kata ini adalah untuk memperluaskan kosa kata dalam bahasa tertentu dan untuk memberikan pengetahuan yang mendalam kepada khalayak ramai berkenaan bahasa asing. Lantaran daripada itu, menurut pendapat beberapa pengkaji bahasa tamsilnya Harimurti (2001) telah  mentakrifkan proses penyerapan sebagai pemasukan unsur fonologis, gramatikal, atau leksikal dalam bahasa serta dialek daripada bahasa atau dialek lain.

    Awang Sariyan (1995) menyifatkan penyerapan sebagai proses menyerap istilah dan kata baharu yang merangkumi konsep ilmu, pemikiran, sains dan budaya tinggi. Tambahan lain, fenomena perkembangan ini menurutnya adalah wajar diterima sebagai satu pembaharuan yang alamiah kepada masyarakat yang menuju kemajuan puncak tamadunnya. Proses penyerapan kosa kata asing kebiasannya berlaku kerana pelbagai faktor misalnya menurut Hocket (1958) menyatakan faktor keperluan dan kemegahan dalam menangani perkembangan dunia baharu dan kurangnya istilah dalam mengungkapkan konsep atau idea baharu  untuk tujuan peradaban Rohani (1990). Namun, Faktor sejarah merupakan faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya penyerapan kosa kata asing dalam sesuatu bahasa.

        Rumusannya, penyerapan kata merupakan proses dalam mewujudkan dimensi baharu kepada sesuatu bahasa agar terus mencapai kemajuan yang mampan. Oleh itu, masyarakat perlulah peka terhadap perubahan yang berlaku dalam urusan kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment