MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

ISU KESALAHAN BAHASA

   IƧЦ KΣƧΛᄂΛΉΛП BΛΉΛƧΛ


    Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang mempunyai penutur paling ramai di dunia dan juga merupakan bahasa antarabangsa. Bahasa menurut Asmah Omar (1988) ialah firasat yang menyatakan petunjuk kepada sesuatu kebudayaan justeru bahasa disifatkan sebagai cerminan sifat kebudayaan penuturnya. Lantaran daripada itu, Kamus Dewan Edisi ketiga (1996) menjelaskan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang digunakan sebagai alat perhubungan melalui bunyi suara dalam lingkungan sesuatu kelompok. Justeru, Aminuddin Mansor (2006) mendefinisikan bahasa sebagai alat yang terdiri daripada bunyi berartikulasi yang digunakan untuk berhubungan, baik secara bertulis mahupun secara lisan. Sifat atau umum bahasa ialah sesuatu yang lahir atau bunyi yang keluar dari mulut yang mempunyai erti sebagai lambang.

       Pada era yang kian membangun, isu kesalahan bahasa masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya dari aspek morfologi seperti kesalahan ejaan, tanda baca, frasa dan sebagainya. Bahkan pencemaran bahasa ini semakin berleluasa dalam media cetak seperti papan tanda perniagaan, majalah, akhbar dan media elektronik seperti platform Facebook, Whatsapp, Instagram dan sebagainya. Ismail Dohaman (1997) berpendapat perkara ini berlaku oleh kerana beberapa pihak yang tidak mengendahkan tentang perkara tersebut dan menanggap sebagai satu masalah yang tidak perlu ditangani. Kesannya, generasi kini semakin cenderung untuk mengamalkan perkara yang salah dan tidak berusaha untuk menanganinya. 

        Tuntasnya, kesalahan bahasa merupakan bentuk pertuturan yang  menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Kenyataan bahawa kesalahan bahasa yang dikemukakan oleh Corder (1981) merupakan fenomena biasa yang terjadi kepada penutur sama ada penutur asli atau sebaliknya kerana pengetahuan bahasa seseorang sentiasa berkembang sejak dia mula tahu bertutur sehinggalah ke akhir hayatnya.

No comments:

Post a Comment