MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

PEMBENTUKAN KATA

 

Aspek morfologi merupakan antara dua komponen utama di bawah unit tatabahasa yang memainkan peranan penting untuk menguasai sesuatu bahasa. Secara ilmiahnya, morfologi sinonim dikaitkan dengan kajian tentang ilmu linguistik am yang menganalisis dari aspek struktur, bentuk dan penggolongan kata secara berstruktur dan menyeluruh menurut Nik Safiah Karim (2010). Dalam konteks yang sama, Abdullah Hassan (2006) turut menyatakan hujah yang mengaitkan morfologi sebagai satu cabang ilmu yang mendalami tentang unsur-unsur yang terlibat dalam pembinaan perkataan dan pembentukan kata.

Dalam pada itu, Nik Safiah Karim  (1996) morfologi turut dikaitkan dengan struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Nik Safiah Karim (2008) menjelaskan bahawa pembentukan kata sebagai proses penyusunan morfem dengan merujuk peraturan sistem morfologi sesuatu bahasa itu. secara ringkasnya, proses ini bermaksud cara sesuatu morfem diaturkan secara teratur untuk diterbitkan daripada bentuk dasarnya kepada perkataan yang bermakna. oleh itu, menurut perspektif dari sudut Bahasa Melayu, pembentukan kata merupakan proses untuk mengolah unsur-unsur bahasa sehingga menjadi perkataan yang boleh difahami oleh penutur dan pendengar. 

Kesimpulannya, jelaslah aspek morfologi dapat memberikan fahaman tentang pembentukan kata kepada masyarakat luar agar mereka boleh memartabatkan Bahasa Melayu dengan lebih baik. 

No comments:

Post a Comment