MAKLUMAT PELAJAR

Search This Blog

ANALISIS KESALAHAN IMBUHAN DALAM BAHASA

 


Lazimnya, menurut Hartmann dan stok (1972) pendekatan dalam menganalisis kesalahan bahasa adalah satu teknik yang digunakan untuk mengukur kefahaman masyarakat dengan cara mencatat serta mengklasifikan masalah-masalah yang terlibat justeru perkara ini termasuk dalam bidang linguistik terapan yang digunakan untuk mendidik, mengajar generasi baharu.

KȧÄLÄHÄñ ÌMßÚHÄñ ßÄHÄ§Ä ¥ÚñÄñÌ-LĆÌñ-ÌñGGÈŖ

Pelbagai kesalahan yang dapat dikemukakan secara ketara berdasarkan pernyataan yang digunakan melalui pelbagai media. Kekeliruan yang berlaku oleh kerana variasi sebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat semakin berluasa dan istilah ini dikenali sebagai bahasa rancu. Nur Farahkhanna Rusli (2022) bahasa rancu mendorong banyak kesalahan berlaku dari aspek penggunaan  kata, frasa, ayat dan ejaan.

ᑕOᑎTOᕼ ᗷEᖇᔕᑌᗰᗷEᖇKᗩᑎ ᗰEᗪIᗩ EᒪEKTᖇOᑎIK ᗪᗩᑎ ᗰEᗪIᗩ ᑕETᗩK


IMBUHAN AWALAN "Anti-"

     

PLATFORM FACEBOOK

                        MAJALAH TERBITAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

POSTER SEKOLAH


Berdasarkan rajah tersebut, perkataan "anti buli" menggunakan imbuhan awalan daripada bahasa inggeris iaitu imbuhan "anti" yang bermaksud menentang atau melawan sesuatu agenda. Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2010) menjelaskan perkataan anti kebiasaannya digabungkan dengan kata nama dan kata terbitan. Namun penggunaan imbuhan itu didapati salah kerana penambahan imbuhan tersebut pada kata nama tidak dieja secara jarak serta tidak menambahkan tanda sempang dan sebetulnya perlu dieja "Antibuli".

 

IMBUHAN AWALAN "Homo-"


PLATFORM TELEGRAM

Syarifah Rohaniah (2011) mendefinisikan homoseksual sebagai satu cara hidup sejenis yang menyukai antara satu sama lain dalam pergaulan, corak hidup dan unsur sekualiti sejenis. Perkataan Homoseksual menerima imbuhan bahasa Inggeris iaitu awalan "Homo" yang kebiasannya digunakan dalam menerbitkan kata nama. Ejaan "homo seksual"  merupakan kesalahan yang terdapat dalam pernyataan tersebut kerana perkataan tersebut perlu dieja secara dekat. Homo membawa maksud sama menurut buku Morfologi Bahasa Melayu (2024).


IMBUHAN AWALAN "Pro-"

  

Imbuhan "Pro" merujuk kepada menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak dan imbuhan ini digunakan pada kata nama dan dieja secara dekat dan tidak menggunakan sempang kecuali kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas yang memerlukan tanda sempang (-) diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut. Antara kesalahan yang dapat dianalisis melalui platform Facebook adalah ejaan perkataan "pro aktif" iaitu dieja secara jarak dan seharusnya dieja "proaktif" manakala melalui platform Instagram ejaan perkataan "pro-Barat" adalah salah kerana menggunakan sempang namun barat bukan dalam kategori kata nama khas dan sebetulnya dieja "Probarat".

IMBUHAN AWALAN "Sub-"



"Sub" memberi makna sebahagian daripada kesuluruhan sesuatu perkara dan digunakan pada kata nama. Penggunaan imbuhan ini perlu dieja secara rapat namun melalui analisis mendapati bahawa kesalahan dalam mengeja perkataan "sub topik" kerana menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2015) perkataan tersebut perlu dieja dekat iaitu "subtopik". Jelaslah bahawa terdapat kekeliruan dalam menggunakan imbuhan asing. 
                                               

KȧÄLÄHÄñ ÌMßÚHÄñ ßÄHÄ§Ä ÄRÄß-þÄR§Ì

Bahasa Arab mempunyai ciri-ciri tertentu dan ditentukan dengan imbuhan akhiran katanya yang berfungsi bagi menentukan golongan kata, bentuk atau jamak dan sebagainya. Abdul Rahman (1996) menyatakan perubahan tersebut turut mempengaruhi makna perkataan yang melibatkan perluasan dan penyempitan makna dan sering kali menimbulkan  salah faham sehingga merubah pemahaman konsep asal kata tersebut daripada bahasa sumber.


ᑕOᑎTOᕼ ᗷEᖇᔕᑌᗰᗷEᖇKᗩᑎ ᗰEᗪIᗩ EᒪEKTᖇOᑎIK ᗪᗩᑎ ᗰEᗪIᗩ ᑕETᗩK

IMBUHAN AKHIRAN "-iah"





Imbuhan "iah" merujuk kepada sifat atau ciri yang ada pada kata dasar dan imbuhan ini diimbuhkan pada golongan kata nama. Oleh itu, imbuhan ini tidak perlu ditambah dengan huruf lain namun terdapat kesalahan ejaan melalui kedua platform dan media cetak tersebut iaitu perkataan "Islamiyah" dan "Batiniyah" yang menambah huruf "y" diantara imbuhan tersebut. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempt (2007), ejaan yang betul bagi "Islamiyah" ialah "Islamiah" manakala "Batiniyah" dieja "Batiniah".


IMBUHAN AKHIRAN "-Wi"

      

Imbuhan akhiran "-wi" ini digunakan bertujuan untuk menunjukkan ciri dan sifat yang terkandung dalam kata dasar iaitu golongan kata nama dan perlu dieja secara dekat tanpa tanda (-) sempang. Tambahan lain, kata dasar tersebut perlu diakhiri dengan huruf vokal untuk menerimba imbuhan ini.  Melalui analisis, ejaan "Dunia-wi" adalah salah dan sebetulnya ialah "Duniawi" merujuk kepada ejaan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007).


IMBUHAN AKHIRAN  "-at"



Imbuhan akhiran "-in" dan "-at" merupakan imbuhan jamak kepada bilangan orang berdasarkan jantina atau dikenali sebagai istilah jamak maskulin (-it) dan jamak feminim (-at) menurut Abdullah (1974). Namun berdasarkan sumber tersebut, segelintir masyarakat kurang memahami akan penggunaan imbuhan tersebut sehingga mewujudkan perkataan yang salah. Tamsilnya jamak wanita bagi perkataan hadir  ialah "hadirat" namun melalui petikan tersebut penulis menggunakan imbuhan yang salah menjadikan "hadirun". 


IMBUHAN AKHIRAN "-ah"


Pembentukan kata menggunakan imbuhan arab berakhiran "ah" digunakan pada kata nama yang merujuk kepada jantina. Seperti yang lain, perkataan yang menerima imbuhan ini perlu dieja rapat tanpa penambahan sebarang unsur samada tanda sempang, koma, huruf dan sebagainya. Ejaan "Qari'ah" pada media cetak tersebut didapati salah kerana terdapat penambahan unsur dan ejaan yang betul menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah "Qariah".


KȧÄLÄHÄñ ÌMßÚHÄñ ßÄHÄ§Ä §Äñ§KR̆

Imbuhan bahasa sanskrit telah digunakan secara meluas kerana bahasa ini diaplikasikan untuk membenntuk suatu istilah yang baharu. Namun, saban hari menunjukkan pengwujudan imbuhan tersebut menyebabkan kekeliruan yang kritikal kepada khalayak umum dan akhirnya telah mengundang pelbagai kesalahan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.


ᑕOᑎTOᕼ ᗷEᖇᔕᑌᗰᗷEᖇKᗩᑎ ᗰEᗪIᗩ EᒪEKTᖇOᑎIK ᗪᗩᑎ ᗰEᗪIᗩ ᑕETᗩK


IMBUHAN AWALAN "Dwi-"



Awalan "dwi-" merupakan bentuk imbuhan awalan yang diimbuhkan pada kata dasar iaitu kata nama untuk memberikan maksud khusus iaitu bilangan yang mana dwi merujuk kepada dua. Dalam konteks ini, kata nama yang telah diimbuhkan perlu dieja secara rapat untuk memberikan perubahan makna sesuatu perkataan. Analisis mendapati terdapat perkataan "dwi bahasa" dalam petikan tersebut yang dieja secara salah kerana menurut Kamus dewan (2007) ejaan perkataan tersebut ialah "Dwibahasa"


IMBUHAN AWALAN "Tata-"



"Tata-" merujuk maksud khusus iaitu susunan atau peraturan dan imbuhan ini hadir pada awalan kata nama serta ejaannya dieja secara rapat. "Tata cara" merupakan contoh kesalahan dalam penggunaan imbuhan bahasa asing kerana perkataan itu dieja secara jarak maka sebetulnya dieja "Tatacara" menurut Arbak Othman (1989). 

IMBUHAN AWALAN "Pasca-"







Awalan ini merupakan bentuk imbuhan yang diimbuhkan pada kata nama untuk membawa erti sesudah dengan cara ejaanya ialah rapat dan tiada sempang. Oleh itu, analisis daripada petikan tersebut menunjukan kesalahan perkataan "pasca merdeka" kerana menurut Kamus Bahasa Melayu (200) "pascamerdeka" merupakan cara ejaan yang betul dengan memberi maksud bebas penjajahan selepas merdeka. 


IMBUHAN AKHIRAN "-wati" DAN "-wan"


PLATFORM WHATSAPP

Bahasa sanskrit turut mempunyai imbuhan akhiran "-wati" dan "-wan" untuk menunjukan pelaku bagi setiap sesuatu perkejaan dengan memiliki sifat atau keupayaan bezanya imbuhan "-wati" merujuk kepada wanita. Buku Morfologi Bahasa Melayu (2024) menjelaskan kata yang menerima imbuhan tersebut perlu dieja rapat maka berdasarkan petikan tersebut didapati perkataan "Angkasa wati" dan "Angkasa wan" dijarakan ejaannya. Jelaslah bahawa terdapat kesalahan ketara dalam mengaplikasikan imbuhan tersebut dalam bahasa Melayu. 


IMBUHAN AKHIRAN "-nita"



Poster tersebut memaparkan maklumat berkenaan pameran "karya wanita" yang diadakan di Sabah. Analisis berdasarkan poster tersebut mendapati kesalahan dalam penggunaan imbuhan "-nita" kerana kata yang menerima imbuhan ini perlu dieja secara rapat untuk membawa maksud sifat dan keupayaan khususnya kepada wanita menurut buku Morfologi Bahasa Melayu (2024).

No comments:

Post a Comment